26.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Jenazah mangsa nahas hanya boleh ‘dikeluarkan’ seawal Isnin ini

Ini berikutan terdapat sekitar 200 cebisan badan ditemui di lokasi nahas itu

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS memaklumkan jenazah mangsa nahas pesawat Beechcraft Premier 1 yang terhempas di Elmina, Shah Alam hanya boleh ‘dikeluarkan’ daripada hospital seawal Isnin ini.

Perkara itu dinyatakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dalam sidang media di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.

Ini berikutan, katanya terdapat sekitar 200 cebisan badan ditemui di lokasi nahas itu.

“Cebisan mayat itu juga akan dihantar ke jabatan kimia untuk tindakan selanjutnya sebelum diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengebumian.

“Pihak berkuasa menemui sejumlah 22 anggota badan terdiri daripada bahagian badan, kepala, kaki dan lengan.

“Cebisan iaitu human remain atau HR1 hingga 14 adalah cebisan anggota yang besar manakala HR15 dan seterusnya ialah cebisan yang besar.

“Unit forensik akan membuat ujian selepas itu ia akan dihantar ke Pejabat Kimia yang akan melakukan proses pengecaman.

“Proses itu bukan hanya membabitkan DNA waris tetapi pengecaman kepada mangsa juga.

“Jadi prosesnya akan berlangsung dalam tempoh yang agak lama iaitu berkemungkinan seawal Isnin.

“Ia mungkin berlarutan dari tempoh itu, boleh jadi hari Selasa,” katanya.

Advertisements

Terdahulu beliau membuat taklimat ringkas kepada waris di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.

Dalam pada itu, Razarudin menasihati waris dan keluarga nahas untuk pulang menenangkan diri di kediaman atau tempat penginapan masing-masing.

Ini kerana proses menuntut jenazah mangsa tidak akan berlaku dalam tempoh terdekat ini, sebaliknya seawal Isnin ini.

Beliau berkata, waris juga tidak perlu bimbang dengan proses menuntut ahli keluarga mereka kerana polis, HTAR dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan menunaikan tanggungjawab sepenuhnya.

“Tidak perlulah waris menunggu kerana apabila selesai (ujian forensik/kimia) kita akan telefon mereka.

“Kita juga sudah mendapatkan kira-kira 22 nombor telefon waris yang ada.

“Tunggulah di rumah masing-masing atau hotel terdekat, berbanding anda berpanas dan menjejaskan kesihatan di sini,”katanya.

Selain itu, beliau juga mengatakan, JAIS akan membantu mempermudahkan urusan menguruskan jenazah mangsa.

“JAIS akan menguruskan dan permudahkan semua urusan dari segi mandi jenazah, solat dan kenderaan jenazah sudah disediakan sejumlah 10 oleh JAIS.

“Polis cuma mengiringi ke mana saja jenazah dibawa termasuk dikebumikan JAIS yang mempermudahkan semua hal,” katanya.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan