33.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 12, 2024

Lavia sah sertai Chelsea

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

CHELSEA sah mengikat pemain muda berbakat besar, Romeo Lavia dari Southampton dengan yuran perpindahan sebanyak RM342.9 juta.

Pemain tengah berusia 19 tahun itu menandatangani kontrak selama tujuh tahun dan akan memakai jersi bernombor 45, nombor yang sama dipakai ketika bersama The Saints.

Lavia menerusi laman web rasmi Chelsea berkata, projek dan cita-cita kelab merupakan kunci utama mengapa dia memilih berhijrah ke ibu kota London itu.

“Saya sangat gembira dan berbangga. Ini satu penghormatan apabila dapat menyarung jersi Chelsea.

“Kebanyakan pemain yang ditandatangani Chelsea adalah mereka yang pernah saya tentang dan mereka cukup bagus, dan kini saya rasa cukup hebat dapat menjalani latihan bersama.

Advertisements

“Mereka merupakan pemain muda dan berpotensi, jadi lebih baik mengenali satu sama lain dengan lebih rapat, itu merupakan jalan untuk mencipta kejayaan,” katanya hari ini.

Lavia memulakan karier di Belgium bersama Anderlect sebelum berhijrah ke Manchester City pada umur 16 tahun selepas dikesan bakatnya oleh Pep Guardiola ketika kejohanan peringkat remaja.

Pemain berusia 19 tahun itu menghabiskan dua musim di City sebelum menyertai Southampton pada musim lalu dan melakukan 29 penampilan sepanjang musim.

Liverpool sebelum ini turut membida Lavia namun pemain itu menyatakan hasrat menyertai Chelsea. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pemegang jawatan dalam UMNO perlu tampilkan idea segar, bernas

PARA pemegang jawatan dalam UMNO di semua peringkat perlu tampil ke hadapan untuk memberikan idea-idea segar dan bernas, kata...

Lagi Artikel Berkaitan