30.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Jenazah Bad Indigo dikebumi selepas solat Jumaat hari ini

Mesti Baca

JENAZAH Allahyarham Bad Indigo akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kota Damansara, Petaling, selepas solat Jumaat, hari ini.

Keluarga Allahyarham dalam satu kenyataan memaklumkan, jenazah dibawa ke Masjid Tun Abdul Aziz, Seksyen 14, Petaling Jaya, malam tadi.

Bad atau nama sebenarnya, Badrul Izhan Yeop Abdullah meninggal dunia di tempat kerja iaitu bengkel kereta Reiber Auto di Ampang, pada jam 7.30 malam tadi.

Sementara itu, pemilik Reiber Auto yang dikenali sebagai Wanohar mengumumkan bengkel kereta berkenaan ditutup buat sementara waktu bagi memberi penghormatan buat Allahyarham Bad.

Terdahulu, Allahyarham Bad yang menghidap kencing manis menjalani pembedahan membuang tiga jari kaki pada 9 Mei tahun lalu sebelum semua jari kakinya terpaksa dipotong beberapa bulan kemudian.

Allahyarham Bad kemudian terpaksa menggunakan bantuan alat ‘walker’ dan kerusi roda untuk memudahkan pergerakan.

Advertisements

Bad bersama kumpulan Indigo yang ditubuhkan pada tahun 1996 oleh KRU Records.

Ia adalah sebuah kumpulan penyanyi padu suara yang popular dengan membawakan lagu-lagu berentak R&B dan pop Melayu.

Selain Bad, kumpulan itu turut dianggotai Shah (Mohamed Shahrin Mohamed Samsudin), Zam (Shahrul Nizam Abdul Aziz) dan Shaz (Nor Shazman Nor Shahid).

Indigo telah diperkenalkan kepada pendengar muzik tempatan menerusi album pertama, Intro pada pertengahan tahun 1997. Mereka mula dikenali dengan lagu Suraya dan Gadis Misteri.

Bad pernah berkahwin dengan penyanyi Ashira Aziz pada awal tahun 2021, mereka berdua mula mengenali ketika sama-sama menyertai Gegar Vaganza 2020.

Namun perkahwinan itu hanya bertahan selama setahun apabila mereka mengumumkan perceraian pada bulan Jun 2022. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan