28.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 30, 2023

Proses pemulangan 11 jenazah bot karam bermula semalam

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PROSES pemulangan jenazah warga Indonesia yang identiti telah dikenal pasti dalam kejadian bot karam di Tanjung Balau, Kota Tinggi pada 15 Disember lepas, mula dilaksanakan semalam melalui jalan laut.

Konsulat Jeneral Republik Indonesia (KJRI) di Johor Bahru dalam kenyataan hari ini memaklumkan, proses pemulangan itu melibatkan 11 jenazah dengan menggunakan Kapal Patroli Polisi Perairan Indonesia KP Laksamana 7012.

Proses serah terima dilaksanakan di Johor Port, di sini kepada Satgas Misi Kemanusiaan Internasional yang terdiri daripada Kementerian Luar Negeri, Kepolisian Republik Indonesia dan Badan Perlindungan Pekerja Migran Indonesia (BP2MI),” menurut kenyataan itu, lapor Bernama.

KJRI turut menzahirkan penghargaan atas bantuan daripada semua pihak yang terlibat dalam proses pemulangan jenazah tersebut ke Indonesia

KJRI juga ingin menyampaikan ucapan belasungkawa atas pemergian warganegara Indonesia dalam musibah tersebut. Semoga keluarga yang ditinggalkan diberikan ketabahan dan keikhlasan,” menurut KJRI.

Baca juga:   Adakah berdosa besar kerajaan lindungi kepentingan rakyat?

KJRI pada masa sama menasihati warganegara Indonesia yang akan bekerja di luar negara supaya mengikuti prosedur selamat dan tidak termakan pujukan pihak lain yang boleh membahayakan keselamatan diri sendiri.

Pada 15 Dis lepas, sebuah bot membawa kira-kira 50 pendatang tanpa izin warga Indonesia, karam di perairan Tanjung Balau, kira-kira 4.30 pagi yang mengorbankan 21 orang dan 13 terselamat, manakala 16 lagi dipercayai hilang.-Edisi 9

Wartawan

Terkini

Lelaki pukul, bakar anjing hidup-hidup diburu

SEORANG lelaki warga tempatan diburu pihak berkuasa berikutan kekejamannya memukul dan membakar seekor anjing dipercayai di Taman Impian Emas,...

Lagi Artikel Berkaitan