24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Banjir: Tarikh buka sekolah penggal 3 ditangguh seminggu

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

TARIKH pembukaan sekolah bagi penggal ketiga 2021 yang sepatutnya bermula 2 dan 3 Januari ini dilanjutkan seminggu berikutan bencana banjir yang melanda beberapa negeri pada masa kini.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, sehubungan itu bagi sekolah-sekolah kumpulan A akan bermula pada 9 Januari manakala negeri-negeri dalam kumpulan B bermula 10 Januari.

Beliau berkata, keputusan tersebut juga mengambil kira terdapat sekolah telah dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) serta yang terjejas teruk disebabkan banjir.

“Mengambil kira situasi banjir seluruh negara yang melibatkan murid, ibu bapa serta guru-guru secara langsung atau tidak langsung juga melibatkan sekolah-sekolah sebagai PPS ataupun yang terjejas teruk, KPM membuat keputusan sesi persekolahan penggal ketiga 2021/2022 akan ditangguhkan selama seminggu.

“KPM amat cakna dan prihatin dengan kebajikan guru, murid, ibu bapa dalam konteks situasi banjir semasa. Kita sedar ini merupakan satu tempoh amat sukar untuk semua pihak… memerlukan masa untuk kembali menyiapkan keperluan bagi memulakan sesi persekolahan,” katanya dalam satu rakaman video hari ini.

Radzi juga mendoakan yang terbaik buat mangsa banjir dan pihak kementerian akan sentiasa komited serta mengambil berat kebajikan murid, ibu bapa dan guru.

Advertisements

Susulan itu, Negeri Kumpulan A iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Terengganu akan memulakan sesi persekolahan penggal ketiga pada 9 Januari tahun hadapan.

Manakala, Negeri Kumpulan B iaitu Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya akan memulakan sesi persekolahan penggal ketiga pada 10 Januari 2022.

Semalam, beliau memaklumkan akan berbincang dengan pihak pengurusan tertinggi Kementerian Pendidikan bagi menyelaras sesi persekolahan bagi tahun 2022.

Katanya, setiap perkara diperincikan dengan mendalam bagi mencapai keputusan yang terbaik bagi membantu ibu bapa, guru serta murid membuat persediaan menjelang pembukaan sekolah.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan