30.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Korban banjir kini 41 orang termasuk 2 kanak-kanak

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JUMLAH angka korban akibat banjir di seluruh negara meningkat kepada 41 mangsa termasuk dua kanak-kanak, setakat pukul 8 pagi hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, negeri Selangor mencatatkan jumlah tertinggi seramai 25 mangsa melibatkan 17 lelaki dan lapan perempuan.

“Manakala 15 lagi di Pahang membabitkan lapan lelaki, lima perempuan serta dua kanak-kanak dan seorang lelaki di Kelantan.

“Setakat ini, 41 kematian direkodkan dengan empat lagi mangsa ditemui,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Acryl Sani, terdapat lapan lagi individu yang masih hilang iaitu tujuh lelaki dan seorang kanak-kanak di Pahang.

Sebelum ini, media melaporkan jumlah korban akibat banjir di Selangor dan Pahang meningkat kepada 33 mangsa berbanding 27 yang direkodkan.

Selangor mencatat angka kematian tertinggi, iaitu 24 mangsa, manakala sembilan lagi mangsa korban banjir ditemukan di dua lokasi di Pahang.-Edisi 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan