24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, August 19, 2022

Banjir: PM arah menteri batal cuti, balik segera

Turut umum peruntukan sebanyak RM50 juta yang disalur terus kepada Pahang dan Selangor yang terjejas teruk akibat banjir

Mesti Baca

Lukman Ismail
Editor Edisi 9

PERDANA Menteri hari ini mengarahkan semua anggota Kabinet yang merancang untuk bercuti agar membatalkannya untuk bersama-sama kesusahan rakyat.

Ismail Sabri Yaakob turut mengarahkan anggota Kabinet yang sedang berada di luar negara agar segera pulang susulan bencana banjir yang kini sudah mengorbankan lebih 40 nyawa.

“Saya sudah arahkan semua menteri yang rancang percutian masing-masing untuk batalkan percutian mereka, mereka yang berada di luar negara yang boleh balik, balik segera.

“Supaya kita boleh bersama rakyat yang sedang kesusahan ini,” katanya dalam sidang media ketika melawat Pusat Penempatan Banjir (PPS) di Sekolah Kebangsaan Bukit Piatu, Bentong, Pahang.

Sementara itu, menerusi Facebooknya, Perdana Menteri berkata, kerajaan bersetuju menyalurkan peruntukan secara terus sebanyak RM50 juta kepada Pahang dan Selangor yang terjejas teruk akibat banjir.

Baca juga:   Buku tulisan Tommy Thomas karut, bersifat 'mala fide'

Menurut beliau, bagi negeri-negeri lain yang terjejas akibat bencana itu, kerajaan akan menyalurkan peruntukan berdasarkan kerosakan yang berlaku.

Beliau turut mengumumkan tambahan RM5,000 kepada waris mangsa banjir yang meninggal dunia akibat bencana itu, menjadikannya RM10,000 di bawah Bantuan Wang Ihsan.

Pada masa yang sama, Perdana Menteri mahu penggunaan kaedah mySTEP dibuat bagi mendapat tenaga kerja untuk bekerjasama dengan NGO dan sukarelawan bagi membantu dalam kerja pembersihan rumah-rumah mangsa.

“Pengagihan Bakul Makanan kepada mangsa banjir oleh ahli Parlimen bagi kawasan yang terjejas. Dicadangkan kadar RM100 bagi setiap isi rumah dan bilangan isi rumah yang terjejas banjir berdasarkan statistik NADMA.

Baca juga:   Banjir: KPLB terima laporan 356 kerosakan jalan perhubungan desa

“Sebelum ini, saya dah umumkan RM1,000 bagi setiap isi rumah dan ada negeri seperti Melaka sudahpun agih bantuan ini kepada mangsa banjir,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga meminta syarikat milik kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) program bantu keluarga yang terkesan seperti kerja pembersihan dan lain-lain.

“Selain penyambungan kemudahan utiliti seperti air dan elektrik segera, saya akan arahkan Kementerian Multimedia dan Komunikasi untuk mempercepatkan pemulihan telekomunikasi di kawasan terjejas.

“Ini membolehkan ahli keluarga ketahui status ibu bapa, sanak saudara melalui video call dan sebagainya,” katanya. – Edisi9

Baca juga:   PM umum peruntukan RM48.52 juta untuk pembiayaan mikro

Terkini

Lelaki curi seluar dalam wanita dipenjara dua tahun

SEORANG lelaki dijatuhkan hukuman penjara 24 bulan atau dua tahun di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, Sabah, hari ini atas...

Lagi Artikel Berkaitan