31.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 30, 2023

20 unit dron diaktifkan bantu mangsa banjir di Selangor

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KIRA-kira 20 unit dron telah diaktifkan hari ini bagi operasi bantuan pemulihan banjir di kawasan terjejas di Selangor termasuk bagi kerja-kerja pemantauan dan penghantaran bekalan kritikal seperti makanan, ubat-ubatan dan penyimpan tenaga (power bank).

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini memaklumkan dron yang dikendalikan Pasukan Petugas Kecemasan Perkhidmatan Dron Khas (PTK2Dron) itu telah digerakkan ke kawasan seperti Taman Sri Muda, Kampung Lombong dan Lanchong, Kampung Lanchang Jaya, Taman Alam Indah, dan Kampung Jalan Kebun.

“Usaha pemantauan dan penghantaran bekalan kritikal ini dilaksanakan di Selangor buat masa ini tertakluk kepada keperluan dari semasa ke semasa,” katanya.

MOSTI berkata, PTK2Dron, yang diselaraskan oleh Technology Park Malaysia (TPM) juga bersedia untuk menghulurkan bantuan di negeri lain yang terjejas banjir mengikut kesesuaian, permintaan dan keperluan pihak berkuasa tempatan.

Baca juga:   SUARAM gesa siasatan telus dakwaan remaja dirogol polis

Ujar MOSTI, pengendalian dron berkenaan telah diuji di Perak pada Oktober lepas dan didapati efektif dari segi penjimatan masa serta kos sebagai alternatif kepada kaedah logistik seperti menggunakan bot.

“Dron-dron itu juga telah diuji untuk penghantaran ke lokasi yang mencabar dari segi geografi, termasuk ke ruang pendaratan yang sempit dan terhad.

“Kesemua dron yang digerakkan untuk bencana banjir itu adalah merupakan tanggungjawab sosial (CSR) syarikat dron tempatan iaitu VStream Revolutions Sdn Bhd, Meraque Services Sdn Bhd, Alphaswift Industries Sdn Bhd, Aerodyne Group Sdn Bhd dan GeoPrecision Tech Sdn Bhd.-Edisi 9

Baca juga:   Mangsa banjir di Johor menurun; hanya 309 orang

Wartawan

Terkini

Arab Saudi hadiah 35 tan kurma, al-Quran untuk Malaysia

KERAJAAN Arab Saudi hari ini menyampaikan sumbangan 35 tan kurma di bawah program Hadiah Penjaga Dua Tanah Haram Raja...

Lagi Artikel Berkaitan