24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Penyakit demam babi afrika dikesan di Melaka – JPV

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JABATAN Perkhidmatan Veterinar (JPV) Malaysia mengesahkan berlaku penularan penyakit demam babi afrika (ASF) di tujuh ladang babi komersial di Paya Mengkuang, Masjid Tanah, Melaka.

Ketua Pengarah JPV, Datuk Dr Norlizan Mohd Noor berkata, pengesanan penyakit itu ekoran siasatan yang dijalankan susulan laporan penternak babi terbabit serta pengesahan sampel diuji di Makmal Veterinar Sepang pada 20, 22 dan 23 Disember.

“Oleh demikian JPV telah mengambil langkah awal dan proaktif bagi mengawal dan membasmi penularan penyakit ASF antaranya mengeluarkan Notis Perintah Kuarantin ke atas ladang babi di kawasan Paya Mengkuang dan ternakan tidak dibenarkan keluar atau masuk kawasan terjangkit,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pemusnahan semua babi di ladang terjangkit adalah berdasarkan Seksyen 19 Akta Binatang 1953 (Pindaan 2013).

“Ternakan di ladang yang disahkan bebas jangkitan akan dibenarkan untuk penyembelihan di rumah sembelih diluluskan sahaja.

Advertisements

“Tetapi karkas dan daging babi tidak dibenarkan dibawa keluar ke negeri lain.

“Syarat pindah ternakan babi dan produk babi di seluruh Semenanjung Malaysia diperketatkan selain pemantauan, pemeriksaan klinikal dan persampelan semua ladang babi,” katanya.

Menurutnya, dalam perkara ini pemantauan serta persampelan akan dipergiatkan di semua rumah sembelih babi di seluruh negara.

Sehubungan dengan itu, katanya, semua penternak babi dinasihatkan supaya tidak memberi haiwan berkenaan makanan sisa dapur (swill feeding) dan tidak membuang bangkai babi ke dalam sungai, kolam, kebun dan sebagainya.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan