31.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 1, 2024

Bot bawa pelancong karam, warga asing lemas

Mesti Baca

SEORANG pelancong warga asing ditemui lemas apabila bot yang dinaiki bersama sekumpulan lapan rakan lain karam di kawasan perairan Pulau Timba-Timba, Semporna, Sabah, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.10 pagi itu bot yang membawa kesemua pelancong asing terbabit karam namun punca sebenar kejadian belum dapat diketahui.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintenden Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, pihaknya bagaimanapun hanya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 4 petang.

Katanya, mangsa yang meninggal dunia seorang lelaki berusia 38 tahun manakala lapan lagi berjaya diselamatkan.

Advertisements

“Berikutan itu, polis menahan empat lelaki iaitu seorang lelaki tempatan berumur 22 tahun dan tiga warga asing berumur 26 hingga 40 tahun untuk membantu siasatan.

“Satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan sementara perintah tahanan reman akan dipohon di Mahkamah Majistret pagi ini bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Farhan menasihatkan semua pengusaha pelancongan termasuk pemilik dan pengendali bot supaya mengutamakan aspek keselamatan seperti pemakaian jaket serta peralatan kecemasan yang lain. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kupang PD masih belum selamat dimakan, 81 penternak terjejas

KUPANG dari perairan Port Dickson, Negeri Sembilan masih belum selamat dimakan kerana masih menunjukkkan kandungan biotoksin yang tinggi. Jabatan Perikanan...

Lagi Artikel Berkaitan