31.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Kes Zahid: Peguam Negara perlu beri penjelasan – DAP

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PEGUAM Negara, Tan Sri Idrus Harun diminta memberikan penjelasan terbuka berkenaan faktor yang mendorong Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Setiausaha Agungnya, Anthony Loke Siew Fook berkata, DAP mengambil maklum pandangan kritikal daripada pelbagai pihak dan orang ramai terhadap keputusan yang melepaskan Ahmad Zahid dari 47 kes melibat dana Yayasan Akalbudi.

Katanya, permohonan DNAA daripada pihak pendakwaan untuk menamatkan prosiding sementara membuat siasatan lebih terperinci adalah budi bicara Peguam Negara dan diputuskan oleh mahkamah.

“DAP menghormati proses dan keputusan mahkamah, namun demi prinsip keadilan dan akauntabiliti, Peguam Negara harus memberikan penjelasan terbuka berkenaan faktor yang mendorong kepada keputusan tersebut.

“Penjelasan ini penting untuk memastikan keyakinan orang ramai dan masyarakat antarabangsa terhadap sistem perundangan negara sentiasa terpelihara,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam memutuskan DNAA kepada Ahmad Zahid daripada semua 47 pertuduhan yang dihadapinya melibatkan pertuduhan pecah amanah, rasuah, dan pengubahan wang haram berkaitan dana Yayasan Akalbudi.

Ini selepas Peguam Negara mengambil keputusan untuk tidak meneruskan pendakwaan Ahli Parlimen Bagan Datuk tersebut.

Sementara itu, Anthony Loke berkata, DAP berharap tiada tangan ghaib atau campur tangan pihak tertentu dalam mempengaruhi sebarang keputusan badan kehakiman.

“DAP juga akan sentiasa menjunjung prinsip pengasingan kuasa di antara cabang kehakiman, eksekutif dan legislatif serta memastikan tidak ada campur tangan eksekutif dalam sebarang kes mahkamah,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

‘Oppa’ adaptasi kisah guru jadi mangsa ‘Love Scam’

TIDAK dinafikan kes yang membabitkan jenayah scam sememangnya cukup serius sehingga mangsa ditipu dan mengalami kerugian dari segi wang ringgit. Kejadian...

Lagi Artikel Berkaitan