34.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 27, 2023

Garis panduan aktiviti hiburan di kampus dirangka IPT sendiri

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

GARIS panduan aktiviti hiburan (konsert) di dalam kampus institusi pendidikan tinggi (IPT) masih di peringkat saranan sebagai rujukan dalam membangunkan garis panduan masing-masing.

Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) berkata, itu selaras pengumuman Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin supaya garis panduan tersebut dirangka melalui penglibatan Majlis Perwakilan Pelajar/ Kesatuan Mahasiswa (MPP/KM).

“JPT sehubungan dengan ini mengarahkan pengurusan IPT untuk memastikan MPP/KM dilibatkan dalam proses perangkaan garis panduan.

“Ini agar ianya mengambil kira suara dan keperluan mahasiswa serta kesesuaian di setiap institusi dan lokaliti sebelum ia diguna pakai secara rasmi di peringkat IPT masing-masing,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sebelum ini, tular mengenai garis panduan bagi aktiviti hiburan (konsert) di IPT yang antara lain menyatakan penonton perlu diasingkan mengikut jantina lelaki dan perempuan.

Selain itu, ia memperkenalkan kod pakaian dan melarang pakaian memaparkan logo illuminati, lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT).

Pada 24 Jun lalu, sebuah universiti awam di Terengganu dilapor telah dikompaun sebanyak RM25,000 kerana menganjurkan konsert tanpa kebenaran.

Menurut KPT, ruang dan peluang yang diberikan kepada pelajar itu merupakan elemen pemerkasaan mahasiswa selaku pemegang taruh utama. 

“Hal ini sekali gus menepati langkah agenda pemerkasaan mahasiswa yang sedang dibawa oleh Menteri Pendidikan Tinggi,” jelasnya. – Edisi 9

Terkini

Kalau tak faham keperitan rakyat baik diam – Dr. Akmal

KETUA Pergerakan Pemuda UMNO, Dr. Mohamad Akmal Saleh membidas kembali kenyataan bekas Naib Presiden MCA, Datuk Seri Ti Lian...

Lagi Artikel Berkaitan