26.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Pembebasan Zahid bantu ahli UMNO bina semula semangat

Mesti Baca

KEPUTUSAN Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melepaskan tanpa membebaskan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sangat membantu ahli-ahli UMNO membina semula semangat dalam menghadap pilihan raya umun akan datang.

Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, keputusan yang dibuat oleh Hakim Collin Lawrence Sequerah itu merupakan berita yang baik bukan sahaja untuk UMNO tetapi juga institusi kehakiman negara.

“Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah percaya keputusan Mahkamah Tinggi yang melepaskan kesemua 47 kes pertuduhan terhadap Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini adalah merupakan tindakan yang tepat.

“Kontroversi kebocoran memo dalaman Jabatan Peguam Negara (AGC) yang menjelaskan pertuduhan terhadap Ahmad Zahid tidak wajar diteruskan ekoran kekurangan bukti kukuh adalah cukup menjelaskan pertuduhan bermotif politik ini perlu dihentikan segera,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini yang melepaskan tanpa membebaskan Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri daripada kesemua 47 pertuduhan pecah amanah berkaitan dana Yayasan Akalbudi.

Advertisements

Mahdzir berkata, UMNO Kedah yakin sistem penghakiman bukanlah hanya tentang siapa yang betul mahupun siapa yang salah, malah proses tersebut perlulah dilihat adil kepada semua pihak, termasuk memelihara kreadibiliti Jabatan Peguam Negara.

Oleh itu, kata beliau, keputusan pihak pendakwaraya untuk melepaskan tanpa membebaskan kesemua 47 pertuduhan kes terhadap Ahmad Zahid tepat bagi mengelakkan kegusaran berlakunya “miscarriage of justice” dalam khalayak umum di negara ini.

“Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah menzahirkan kesyukuran kehadrat Allah SWT di atas keputusan Mahkamah Tinggi tersebut, sekali gus membuktikan kebenaran akhirnya tertegak memihak kepada pada hari ini.

“Sesungguhnya keputusan hari ini adalah merupakan berita yang baik buat parti UMNO. UMNO Negeri Kedah percaya kemenangan ini sangat membantu ahli parti untuk membina semula semangat dalam menghadapi pilihan raya yang akan datang,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan