29.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Dua nelayan hanyut akibat bot karam diselamatkan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menyelamatkan dua nelayan yang hanyut selepas bot dinaiki karam di perairan Kuala Langat akibat ribut pukul 2 petang semalam.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim V. Siva Kumar berkata, maklumat diterima dari Vesel Tracking Management System (VTMS) Lembaga Pelabuhan Klang berkaitan sebuah bot tunda pukul 2 petang semalam.

Beliau berkata, bot ronda Maritim Malaysia diatur gerak ke lokasi sejurus menerima maklumat tersebut.

Mangsa, Asmadi Saiman, 60, dan Mohd. Aslan Asmadi, 34, keluar dari Jeti Kancung Laut pada 3 Jun pada pukul 5 petang dengan bot A SLFA 4468 sebelum ditemukan hanyut dengan memakai jaket keselamatan oleh bot tunda apabila bot mereka dilanda ribut dan karam pada 4 jun pukul 3.15 pagi.

“Kedua- dua nelayan yang berasal dari Kuala Langat itu telah dibawa ke Jeti Kelanang dan diserahkan kepada Angkatan Pertahanan Awam bagi pemeriksaan kesihatan.

“Mangsa dimaklumkan tidak mengalami sebarang kecederaan dan hanya kepenatan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Maritim Malaysia berkata, orang ramai dan komuniti maritim terutamanya diingatkan agar sentiasa memastikan aspek keselamatan diutamakan sebelum melakukan sebarang aktiviti di laut dan cakna dengan keadaan cuaca.

“Sebarang insiden kecemasan di perairan Selangor, orang ramai boleh menyalurkan maklumat menerusi Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di talian 03-32176 0627 atau MERS 999 untuk maklum balas segera,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan