34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

10 terbunuh, 29 PATI masih hilang bot dinaiki karam

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KIRA-kira 10 terbunuh manakala 29 lagi pendatang asing tanpa izin (PATI) hilang selepas bot dinaiki mereka karam akibat cuaca buruk di Tanjung Balau, Kota Tinggi, Johor awal pagi tadi.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, pihak Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru menerima laporan kejadian kira-kira pukul 4.30 pagi.

Beliau berkata, maklumat itu dikongsikan bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Penawar yang memaklumkan menerima maklumat daripada pihak Markas Taktikal Tanjung Sepang mengenai penemuan bot tersebut bersama PATI di Pantai Tanjung Balau.

Katanya, berdasarkan maklumat awal, dianggarkan seramai 60 orang PATI berada di dalam bot berkenaan.

“21 orang dilapor selamat dan 10 mayat telah ditemui pasukan Tentera Darat Malaysia. Seramai 29 mangsa masih tidak ditemui,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nurul Hizam berkata, Maritim Malaysia telah mengaktifkan Ops Carilamat pada pukul 8.50 pagi dan mengatur gerak pesawat AW 139 Agusta, kapal KM Tegas dan bot Petir 50 bagi mengesan dan mencari baki mangsa yang terlibat.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Bandar Penawar, Al-Hasra Mohamed berkata, seramai tujuh anggota dihantar ke lokasi kejadian selepas menerima laporan pada pukul 7.40 pagi.”Agensi lain turut terlibat dalam operasi itu seperti Angkatan Tentera Malaysia dengan kekuatan 40 anggota,” – Edisi 9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan