27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Lelaki maut, dirempuh MPV di pasar malam

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki maut dilanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandu peniaga pasar malam sebelum merempuh empat kenderaan lain di Pasar Malam Kampung Lapan, Bachang, Melaka malam tadi.

Mangsa, dikenali Tan Kay Sniah berusia 59 tahun maut di tempat kejadian dalam nahas jam 7.30 malam itu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri Superintendan Hasan Basri Yahya berkata, hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila MPV jenis Proton Exora dipandu warga emas berusia 71 tahun itu hilang kawalan ketika keluar dari tapak parkir sebelum melanggar mangsa dan merempuh tiga kenderaan lain di hadapannya.

Advertisements

“Akibatnya, mangsa pejalan kaki maut di tempat kejadian sebelum pemandu sama telah melanggar sebuah lagi kenderaan ketika mengundurkan MPVnya.

“Pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan manakala mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan kerana menyebabkan kematian dengan memandu secara melulu atau berbahaya.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

UM mohon maaf berhubung kenyataan penceramah pro-Israel

UNIVERSITI Malaya (UM) memohon maaf berhubung kenyataan kontroversi seorang penceramah jemputan pro-Israel yang menuduh tindakan ahli politik Malaysia menyokong...

Lagi Artikel Berkaitan