29.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Malaysia tidak iktiraf mata wang kripto – MoF

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MALAYSIA tidak mengiktiraf penggunaan mata wang kripto seperti Bitcoin dan Ethereum sebagai mata wang yang sah untuk urus niaga harian, katanya Timbalan Menteri Kewangan II, Yamani Hafez Musa.

Menurut beliau, mata wang kripto itu juga bukan instrumen pembayaran yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia (BNM) buat masa ini.

“Mata wang kripto tidak sesuai digunakan sebagai instrumen pembayaran disebabkan mata wang ini tidak menunjukkan ciri universal wang.

“Secara umumnya, mata wang kripto bukan penyimpan nilai dan medium pertukaran yang baik disebabkan keadaan mata wang kripto yang terdedah kepada turun naik harga yang tidak menentu.

“Selain itu ia juga terdedah kepada ancaman siber dan kekurangan daripada segi boleh skala,” katanya di Dewan Negara, seperti dilapor BH Online hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Lukanisman Awang Sauni (GPS-Sibuti) yang bertanyakan pendirian kerajaan berkenaan penggunaan mata wang kripto dalam urus niaga harian. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan