26.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Aminuddin tiba pada Hari Penamaan Calon DUN Sikamat

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CALON Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat, Datuk Seri Aminuddin Harun tiba di Pusat Penamaan Calon (PPC) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-15 pada jam 8.30 pagi di Dewan Komuniti Taman Coral Height.

Beliau yang tiba dengan lengkap berpakaian baju Melayu berwarna merah turut diiringi seorang pencadang serta penyokongnya sebelum memasuki dewan berkenaan bagi meneruskan proses penyerahan dokumen pencalonan.

Ketibaan beliau turut diarak penyokongnya yang membawa bendera parti selain bersorak di sepanjang laluan sebelum memasuki PPC.

Turut hadir memberi sokongan, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas khas) merangkap wakili GRS, Datuk Armizan Mohd Ali.

Sementara itu, pesaingnya, Ahmad Raihan Muhamad Hilal (Perikatan Nasional) bagaimanapun tiba lebih awal iaitu pada jam 8.25 pagi bersama seorang pencadang dan penyokong.

Advertisements

Ketibaan beliau turut diiringi bersama kumpulan penyokong yang sebelum itu berarak mengelilingi sekitar kawasan penamaan calon.

Aminuddin adalah Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Sembilan merangkap Pengerusi PKR dan merupakan penyandang kerusi ini sejak 2008.

Aminuddin dijangka turut ditentang dua calon Bebas iaitu Mohammad Hafiz Baharudin dan Bujang Abu. – Edisi 9

[BERIRA LANJUT MENYUSUL]

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan