27.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

Lelaki putus kepala jatuh dari tingkat 29

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki warganegara asing ditemukan maut dalam keadaan terputus kepada daripada badan dipercayai terjatuh dari tingkat 29 sebuah bangunan di Persiaran Bandar Utama, Petaling Jaya, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima aduan berhubung kejadian daripada orang awam pada pukul 3.05 petang.

Katanya, sepasukan polis dari Balai Polis Damansara pergi ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa dalam keadaan terbaring di bahagian tepi bangunan dengan kepada terputus daripada badan.

“Siasatan awal mendapati mangsa berumur sekitar 43 tahun bekerja sebarang tukang cuci di sebuah restoran di tingkat 29 bangunan tersebut.

Advertisements

“Semakan rakaman kamera kamera litar tertutup (CCTV) mendapati mangsa kelihatan berada di tepi bahagian balkoni bangunan pada pukul 2.46 petang. 

“Selepas itu tiada lagi kelihatan pergerakan mangsa di kawasan tersebut yang dipercayai mangsa telah terjun dari balkoni,” katanya menerusi kenyataan malam tadi.

Mohamad Fakhrudin berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk tindakan selanjutnya.

Polis memohon orang ramai yang melihat atau berada di lokasi kejadian untuk tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat, Fatin Afifa Shahpri di talian 013 – 735 3589 bagi membantu siasatan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MASA, IDS jalin kerjasama bidang penyelidikan, masyarakat

INSTITUT Kajian Pembangunan (Sabah) IDS dan Institut Masa Depan Malaysia (MASA), hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bertujuan menjalin...

Lagi Artikel Berkaitan