27.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Hati Annuar sakit tidak tercalon – Mohd. Puad

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

AHLI Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, Tan Sri Annuar Musa terkejut dan berasa sakit hati kerana tidak dicalon Perikatan Nasional (PN) untuk Pilihan Raya Negeri (PRN).

Beliau berkata, bekas Ahli Parlimen Ketereh itu akan tempang tanpa sebarang kedudukan apatah lagi untuk memusnahkan UMNO.

“Mungkin ramai yang terkejut bila Pas tidak mencalonkan Annuar. Sebenarnya Annuar sahaja yang terkejut. Dia boleh bagi apa sahaja alasan, hati tetap sakit.

“Tanpa kedudukan dia hilang platform untuk musnahkan UMNO. Cakap cakapnya mungkin tidak lagi dipedulikan,” katanya menerusi catatan di Facebook hari ini.

Sebelum ini, terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa nama Annuar sudah melepasi senarai tapisan Majlis Syura Ulamak Pas.

Advertisements

Ini dikuatkan lagi apabila Annuar dilihat sering turun ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadok untuk bertemu dengan penduduk di kawasan berkenaan.

Namun, nama Annuar tiada dalam pengumuman senarao calon PRN Kelantan apabila diumumumkan Pengerusi PN Kelantan, Datuk Ahmad Yakob malam tadi.

Dalam pada itu, Mohd. Puad mempersoalkan mengapa Pas tidak mahu mencalonkan Annuar pada PRN kali ini sedangkan beliau merupakan figura penting dalam politik di Kelantan.

“Tetapi apakah Pas memang tidak mahu mencalonkannya. Atau ada arahan kepada MB Kelantar agar Annuar tidak dicalonkan? Susah Annuar kalau benar.

“Tetapi Annuar tidak rugi apa apa. Dia ahli Pas, ahli parti Islam, pahala bertimbun. Kerusi dan YB (Yang berhormat) hanya dunia,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Politeknik Sultan Idris Shah pertahan gelaran FIRA Malaysia

POLITEKNIK Sultan Idris Shah (PSIS), Selangor berjaya mempertahankan kejuaraan keseluruhan Piala Federation of International Robot Soccer Association (FIRA) Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan