26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Rundingan akhir kerusi PH-BN malam ini – Rafizi

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PAKATAN Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) akan mengadakan rundingan akhir berhubung pembahagian kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri malam ini.

Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli berkata, beliau akan mempengerusikan rundingan bagi pihak PH sementara Datuk Seri Mohamad Hasan selaku Timbalan Presiden UMNO akan mengetuai BN.

Beliau berkata, tumpuan utama rundingan adalah bagi mencari kesepakatan dalam pengagihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan PRN yang dijangka diadakan Ogos ini.

“Kita sudah ada semua calon kerusi dan memandangkan ini adalah pertama kali kita masuk PRN bersama parti lain dalam Kerajaan Perpaduan, kita akan muktamadkan kerusi itu melalui rundingan dahulu.

Advertisements

“Hasil rundingan malam ini akan dibawa ke peringkat pengerusi PH dan BN sebelum dimuktamadkan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas sesi Libat Urus Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) 2021-2025 bersama Menteri Ekonomi di Melaka hari ini.

Beliau berkata, perbincangan akhir malam ini akan mengangkat tiga nama calon yang disenarai pendek bagi setiap kerusi DUN untuk dibawa kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas melepasi tapisan yang ketat.

“Bagi parti lain, ia bergantung kepada kriteria masing-masing namun PKR, kita buka kepada yang beminat daripada peringkat cabang dan sayap,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan