27.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Bubar DUN: Amirudin menghadap Sultan Selangor

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

MENTERI Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah hari ini bagi tujuan mendapat perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

Kereta rasmi Menteri Besar jenis Toyota Camry yang digunakan Amirudin dengan diiringi pasukan pengiring Polis Diraja Malaysia dilihat tiba di istana berkenaan kira-kira pukul 5 petang tadi.

Amirudin pada pagi tadi memberitahu, beliau akan menghadap Sultan Selangor sebelum baginda berangkat ke Mekah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua itu memaklumkan, beliau masih belum menerima tarikh untuk menghadap baginda.

Advertisements

Katanya, jika tidak sempat menghadap, beliau akan terbang ke Madinah bagi menghadap baginda di sana.

Oleh itu, Amirudin berkata, beliau akan cuba menghadap baginda sebelum Sultan Selangor berangkat ke Tanah Suci.

Dalam pada itu, kehadiran Amirudin di Istana Alam Shah pastinya akan menjawab segala teka-teki mengenai tarikh pembubaran DUN Selangor.

DUN Selangor akan terbubar secara automatik pada 25 Jun ini selepas tempoh penggal berakhir. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan