Tuesday, July 21, 2026

PM terima kunjungan hormat Menteri Luar UAE

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Menteri Luar Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Abdullah Zayed Al Nahyan di bangunan Parlimen.

Sheikh Abdullah Zayed yang kini dalam lawatan rasmi ke negara ini selama dua hari bermula semalam tiba di bangunan Parlimen pada pukul 2.40 petang bersama delegasi dari negara berkenaan.

Turut hadir sama mengiringi pemimpin UAE itu adalah Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir.

Pada pertemuan yang berlangsung selama satu jam itu, kedua-dua pemimpin itu membincangkan pelbagai jenis isu serantau dan antarabangsa khususnya hubungan dua hala kedua-dua negara.

Lawatan itu merupakan susulan daripada lawatan Putera Mahkota Abu Dhabi dan Pengerusi Majlis Eksekutif Abu Dhabi ke Malaysia pada Mei lalu.

UAE merupakan rakan dagang kedua terbesar Malaysia, destinasi esport kedua terbesar dan destinasi import kedua terbesar dari rantau Asia Barat. 

Pada 2022, jumlah dagangan Malaysia dengan UAE meningkat sebanyak 73.5 peratus daripada RM22.33 bilion kepada RM38.73 bilion berbanding tahun sebelumnya. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan