26.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 14, 2024

Aktiviti seleweng gas LPG di Mantin tumpas – KPDN

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berjaya menumpaskan aktiviti penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) dalam serbuan ke atas sebuah premis tanpa nama di Mantin, kelmarin.

Serbuan itu dilakukan sepasukan anggota penguat kuasa KPDN Putrajaya kira-kira pukul 11 malam, hasil risikan yang dilakukan selama dua minggu sebelum operasi.

Ketika serbuan, seorang individu lelaki didapati sedang leka melakukan aktiviti pemindahan gas LPG daripada tong berkapasiti 14 kilogram (kg) bersubsidi kepada tong berkapasiti 50kg. 

Ketua Pengarah Penguat Kuasa, Datuk Azman Adam berkata, LPG 50kg itu seterusnya akan dijual kepada pihak industri dengan harga yang lebih rendah berbanding harga sebenar mengikut pasaran.

“Modus operandi sindiket ini adalah dengan membeli LPG 14kg bersubsidi terus daripada lori-lori penghantaran LPG di sekitar daerah Sepang, Nilai, Mantin dan Broga. 

Advertisements

“LPG bersubsidi tersebut kemudiannya akan dibawa ke stor haram terbabit seterusnya akan dipindahkan ke tong LPG 50kg untuk kegunaan industri,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, KPDN merampas beberapa tong gas kosong dan berisi pelbagai jenama berkapasiti 12kg, 14kg dan 50kg, kenderaan jenis lori 2.5 tan, alat penimbang pelantar elektronik, hos penyambung, telefon bimbit serta beberapa dokumen perniagaan lain.

Katanya, nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM60,000.

“Seorang lelaki warganegara tempatan berumur lingkungan awal 40-an yang mengaku sebagai pekerja di premis terbabit juga telah ditahan bagi membantu siasatan.

“Kertas siasatan telah dibuka dan siasatan lanjut ke atas kes ini akan dibuat di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 bagi mengenal pasti individu atau syarikat yang terlibat serta rantaian pengedaran LPG terbabit,” tegasnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pelan Tindakan Industri Penjagaan dijangka siap Julai – KPWKM

PELAN Industri Penjagaan di Malaysia yang dirangka sebagai pemacu perubahan untuk merancakkan ekonomi melalui industri penjagaan dijangka siap Julai...

Lagi Artikel Berkaitan