26.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Kedah cadang bubar DUN 28 Jun ini

Selepas mendapat perkenan Sultan Kedah, pengumuman tarikh pembubaran DUN Kedah akan dilakukan secara rasmi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN negeri Kedah bercadang membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 28 Jun ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, beliau akan mengadap Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah untuk mempersembahkan cadangan tarikh pembubaran pada 25 Jun ini.

Menurutnya, selepas mendapat perkenan Sultan Kedah, pengumuman tarikh pembubaran DUN Kedah akan dilakukan secara rasmi.

“Saya perlu dapatkan perkenan Tuanku Sultan Kedah terlebih dahulu berhubung cadangan daripada kerajaan negeri untuk bubar DUN pada 28 Jun.

“Sekiranya baginda tidak beri perkenan terhadap tarikh cadangan itu, mungkin akan diawalkan atau dilewatkan daripada tarikh tersebut, sebab ada lagi beberapa hari sebelum tempoh matang.

Advertisements

“Terserah kepada Tuanku, cadangan kita sudah kemukakan dan akan diumum secara rasmi selepas Tuanku perkenankan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis penyerahan khemah, meja dan kerusi kepada Majlis Ketua Kampung (MKK) bawah Program Sejahtera Komuniti 2023 di Wisma Darul Aman hari ini.

Muhammad Sanusi berkata, pembubaran bagi setiap negeri yang akan berlangsung PRN tidak semestinya sama, namun yang penting adalah hari pengundian diadakan serentak.

Menurutnya, tarikh pengundian akan ditetapkan oleh SPR dalam tempoh 60 hari selepas kesemua enam negeri membubarkan DUN masing-masing. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan