24.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

SUKE fasa 2 dibuka tengah malam ini, tol percuma 2 minggu

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PENGGUNA jalan raya boleh menggunakan Lebuh raya Bertingkat Sungai Besi – Ulu Kelang (SUKE) fasa dua bermula jam 12.01 malam ini.

Menteri Kerja Raya Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, dengan pembukaan laluan itu, tol akan diberikan secara percuma selama dua minggu untuk pengguna yang melalui Plaza Tol Alam Damai.

Beliau berkata, pembukaan fasa dua ini menawarkan kesalinghubungan dan penyuraian trafik lebih berkesan.

“SUKE fasa dua melibatkan jajaran utama sepanjang 7.8 kilometer dari Sri Petaling sehingga Cheras – Kajang yang merupakan laluan kepadatan tinggi.

“Antara skop pembinaan lebuh raya ini adalah melibatkan pembinaan dua persimpangan baharu iaitu Persimpangan Sri Petaling dan Persimpangan Sungai Besi dan juga pembinaan satu plaza tol bertingkat di Plaza Tol Alam Damai.

“Kedua-dua persimpangan baharu yang bakal dibuka itu dijangka mampu membantu mengurangkan masalah kesesakan lalu-lintas yang membelenggu pengguna terutama mereka yang tinggal di sekitarnya dan khususnya pengguna tegar Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

Advertisements

“PROLINTAS juga menjangkakan sebahagian pengguna MRR2 akan beralih ke Lebuhraya SUKE seusai pembukaan penuh jajaran utamanya kerana jajaran ini dapat menjimatkan masa perjalanan dari Sri Petaling ke Ulu Kelang kepada 25 minit sahaja berbanding 75 minit melalui laluan sedia ada.

“Fasa 2 ini adalah pelengkap kepada jajaran utama Lebuhraya SUKE, dengan menghubungkan laluan trafik dari Klang, Shah Alam, Sungai Besi melalui Bandar Tasik Selatan dan Alam Damai serta menyambungkannya ke Persimpangan Cheras-Kajang sehingga ke Persimpangan Bukit Antarabangsa di Ulu Kelang,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perasmian Pembukaan Fasa Dua Lebuh Raya Bertingkat SUKE hari ini.

Sementara itu, Kementerian Kerja Raya turut mengumumkan sistem kutipan tol secara pembayaran terbuka (Open Payment System) dijangka bermula September ini.

Sebanyak 12 lebuhraya terlibat antaranya Lebuhraya Bertingkat Ampang – Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA), Lebuhraya Baru Pantai (NPE), Jambatan Pulau Pinang (JPP), Lebuhraya Butterworth – Kulim (BKE), Lebuhraya Damansara – Puchong (LDP), Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Terowong SMART, Lebuhraya Kuala Lumpur – Putrajaya (MEX) dan Lebuhraya Duta – Ulu Klang (DUKE).

Open Payment System diperkenalkan merupakan inisiatif Kerajaan yang komited dalam peralihan sistem kutipan tol secara Multi-Lane Fast Slow (MLFF) menjelang akhir 2024. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan