26.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Polis kesan penunggang motosikal lawan arus di SUKE

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

POLIS sedang mengesan seorang penunggang motosikal yang menunggang melawan arus dan disyaki menjadi punca kepada kemalangan maut di KM22.2 Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) semalam.

Polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Ampang Jaya berkata, suspek dipercayai menunggang motosikal jenis berkuasa rendah, memakai jaket warna terang dan bertopi keledar warna gelap.

“Pihak Polis menggesa rakan-rakan media serta orang awam bagi membantu siasatan dengan membuat hebahan.

“Jika ada saksi atau rakaman kamera dashcam di lokasi kemalangan, diminta saksi yang berkenaan untuk tampil bag membantu siasatan pihak polis,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Terdahulu tular rakaman kamera litar tertutup di di KM22.2 Lebuhraya SUKE (Susur Hulu Klang) dari arah Ampang menghala ke Hulu Klang memaparkan kejadian penunggang motosikal terbabas sebelum terjatuh ke bawah dari atas jejambat.

Advertisements

Kemalangan tersebut dipercayai berlaku selepas mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian berselisih dengan pengunggang yang melawan arus tersebut.

Sementara itu, Polis IPD Ampang Jaya meminta ornag ramai yang mempunyai maklumat supaya segera menyalurkannya kepada mereka.

“Saksi kejadian boleh berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Trafik IPD Ampang

Jaya, Muhamad Yusaiful Muhamat Basir di talian 011-1307 8348,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan