ARSENAL dilaporkan telah mengadakan perbincangan bagi mendapatkan penyerang Chelsea, Kai Havertz pada harga RM351.2 juta pada jendela perpindahan musim panas ini.
Difahamkan, The Gunners sedua membayar gaji sekitar RM1.17 juta seminggu bagi membawa pemain kebangsaan Jerman itu ke Stadium Emirates.
Havertz terbuka untuk menyeberang ke utara dari barat London jika Arsenal mampu mencapai persetujuan bersama majikannya.
Namun, ketika ini, The Gunners memberi tumpuan terhadap usaha mendapatkan pemain tengah West Ham, Declan Rice yang dianggarkan berharga RM585 juta sebelum mendapatkan Havertz.
Dan perpindahan Havertz ke Arsenal akan bergantung kepada sebanyak mana yang diminta West Ham kerana yuran perpindahan yang tinggi akan menjejaskan bajet The Gunners.
Chelsea dalam pada itu sedia menawarkan kontrak baharu kepada Havertz namun gaji yang diberikan adalah lebih rendah daripada apa yang diharapkan bintang tersebut.
Arsenal pula dilaporkan sedia membayar jumlah gaji yang sama dibayar Chelsea ketika ini. – Edisi 9