CROTIA menjaringkan dua gol dalam 30 minit masa tambahan bagi memastikan slot di final Liga Negara-Negara UEFA selepas menewaskan Belanda 4-2 di Rotterdam awal pagi tadi.
Menanti di final adalah pemenang di antara Itali dan Sepanyol yang hanya akan bertemu awal pagi esok.
Dalam aksi di Stadium De Kuip menyaksikan tuan rumah, Belanda mendahului pada minit ke-34 menerusi jaringan penyerang Borussia Dortmund, Donyell Malen.
Andrej Kramaric menyamakan kedudukan buat Crotia apabila menyempurnakan sepakan penalti, hanya selepas 10 minit separuh masa bermula.
Pada minit ke-73 menyaksikan giliran Crotia di depan menerusi jaringan Mario Pasalic namun, Noa Lang menyamakan kedudukan pada masa kecederaan untuk mengikat kedudukan 2-2.
Bruno Petkovic meletakkan Crotia di depan pada minit ke-98 menerusi sepakan lencong cantik dari luar kawasan penalti Justin Bijlow di gawang Belanda.
Pelawat dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-116 dan kapten, Luka Modric tidak berdepan masalah menyempurnakan sepakan untuk memastikan kemaraan Crotia ke final Liga Negara-Negara UEFA. – Edisi9