32.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

PM Anwar terima kunjungan hormat PM Belanda

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat rakan sejawatan dari Belanda, Mark Rutte di Seri Perdana di sini.

Pertemuan kedua-dua pemimpin negara iu adalaj dalam usaha mengukuhkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Belanda.

Rutte tiba di Malaysia semalam untuk lawatan kerja dua hari, yang kedua ke negara ini selepas lawatan sulungnya pada 2014.

Advertisements

Rutte disambut Anwar sebaik tiba di kediaman rasmi Perdana Menteri sebelum kedua-dua pemimpin itu mengadakan rundingan yang membincangkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Belanda selain bertukar-tukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama.

Selepas pertemuan hampir sejam, Anwar menghoskan majlis jamuan tengah hari sempena lawatan kerja Rutte ke Malaysia.

Pada 2022, Belanda adalah rakan dagangan ke-14 terbesar Malaysia dan kedua terbesar di Kesatuan Eropah (EU) dengan jumlah dagangan RM48.04 bilion (US$10.93 bilion), meningkat 33.4 peratus berbanding RM36.01 bilion (US$8.68 bilion) pada 2021. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah Tinggi kekal sabitan, hukuman terhadap Siti Bainun

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman ke atas Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali...

Lagi Artikel Berkaitan