30.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 12, 2024

Mabuk di khalayak ramai akhlak buruk tanpa kira agama

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MABUK di khalayak ramai adalah akhlak buruk tanpa mengira agama atau bangsa,”kata Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu itu turut menempelak Menteri Pelancongan Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing yang memainkan sentimen agama bagi menghalalkan perbuatannya itu.

“Menteri pelancongan jangan mainkan sentimen agama untuk kepentingan diri. Mabuk di khalayak ramai adalah akhlak buruk tanpa mengira agama atau bangsa. 

“Ini bukan isu agama. Tetapi ini isu akhlak sebagai pemimpin. Menteri atheis sekalipun, jika mabuk di khalayak ramai, ia tetap perkara buruk dan tidak sesuai dengan amanah sebagai menteri.

“Ini juga adalah isu etika kelakuan sebagai menteri yang merupakan ketua kepada penjawat awam di sesebuah kementerian.

“Jika ada penjawat awam atau KSU (ketua setiausaha) bukan Islam mabuk di khalayak ramai selepas ini, adakah ini boleh diterima?,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau, hari ini.

Advertisements

Mengulas lanjut, Wan Saiful berkata menteri menggunakan alasan bukan beragama Islam, sengaja mahu mempermainkan Islam sebagai alat politik bagi melindungi kepentingan diri.

“Menteri yang mempermainkan agama sebegini tidak layak jadi menteri. Sudahlah tidak kompeten menjalankan tugas, akhlak kepimpinan pun tidak ada.

“Jangan biarkan akhlak songsang tersebar atau disebarkan, terutama oleh menteri,”kata Wan Saiful.

Semalam, Tiong mempertahankan tindakannya sedang meminum arak dan menari ketika meraikan satu festival bersama orang ramai baru-baru ini.

Ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2024 bagi kementeriannya di Dewan Rakyat, beliau mengambil kesempatan membidas kritikan dilemparkan terhadapnya yang meraikan sambutan perayaan mengikut kelaziman komuniti berkenaan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kemenangan Sock Tao bukti rakyat tolak politik kebencian

KEMENANGAN calon Kerajaan Perpaduan, Pang Sock Tao dari Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu...

Lagi Artikel Berkaitan