25.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 9, 2024

Proton S70 dibuka untuk tempahan serendah RM500

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

MODEL kereta sedan terbaharu, Proton S70 yang dilancarkan hari ini boleh mula ditempah dengan bayaran serendah RM500.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr. Li Chunrong berkata, Proton S70 merupakan model sedan pertama yang dikeluarkan syarikat kereta nasional itu dalam tempoh tujuh tahun sejak Pesona diperkenalkan pada 2016.

“Proton S70 tampil dengan tagline Intelligence that Evolves dilengkapi teknologi keselamatan terkini, enjin turbo 1.5L dan tramissi 7-kelajuan DCT.  

“Ia juga bakal membantu Proton kembali ke pasaran kereta sedan dengan kerjasama syarikat Geely dan pratinjauan pelanggan akan bermula pada 11 November ini,” katanya hari ini.

Proton S70

Model terbaharu Proton S70 diperkenalkan kilangnya di Tanjong Malim, Perak hari ini yang telah dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Hairil Yahri Yaacob. 

Advertisements

Proton S70 adalah sedan dalam segmen-C yang juga model keempat dibangunkan bersama Geely selepas X70, X50 dan X90 hibrid ringan adalah model serba baharu kedua yang dilancarkan untuk tahun ini.

Sebelum dilancarkan rasmi, Proton S70 boleh dilihat dengan lebih dekat di beberapa lokasi utama di negara ini bermula 11 November nanti.

“Upacara pembukaan barisan pemasangan adalah satu lagi langkah penting bagi Proton dalam usaha kami bersama DRB-Hicom dan Geely untuk menjadikan Tanjung Malim dan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) sebagai hab automotif kebangsaan.

“Syarikat melabur lebih daripada RM1.8 bilion bagi menaik taraf kemudahan di sini dengan membina barisan pemasangan enjin dan panel baru serta bengkel ‘stamping’ untuk mengembangkan rangkaian penawaran merangkumi lebih banyak Kenderaan Tenaga Baru (NEV) dan kenderaan elektrik,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selangor sah tarik diri Piala Sumbangsih bertemu JDT

SELANGOR FC (SFC) membuat keputusan untuk menarik diri daripada perlawanan Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’azim di Stadium Sultan...

Lagi Artikel Berkaitan