29.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, February 13, 2025

Proton sasar 6,000 unit tukar beli kenderaan pada 2024

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SYARIKAT pengeluar automotif nasional, Proton Holdings Berhad (Proton) merancang mengembangkan rangkaian kepada 60 cawangan dengan sasaran sekurang-kurangnya 6,000 unit tukar beli kenderaan menerusi acara tukar beli pada setiap suku tahun, menjelang 2024.

Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar, Roslan Abdullah berkata, sepanjang 2023, bahagian pengurusan kereta terpakai telah menerima lebih 4,500 unit di 32 cawangannya.

Katanya, ini menunjukkan syarikat berada di landasan yang betul untuk mencipta rekod baharu menjelang akhir tahun ini. 

Proton mensasar sekurang-kurangnya sekurang-kurangnya 6,000 unit tukar beli kenderaan menerusi acara tukar beli pada 2024. – Edisi9/Proton

“Kami juga menyasarkan jumlah jualan kereta ganti yang lebih tinggi, di mana pemilik Proton semasa, menukar kenderaan mereka untuk yang baharu. 

“Penukaran dalam rangkaian dengan lebih banyak pilihan adalah penting bagi kami untuk mengekalkan pelanggan kami setia kepada jenama dan salah satu caranya ialah menstabilkan nilai kereta terpakai bersama rakan kongsi kami,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Sementara itu, beliau berkata, kerjasama dengan Carsome dalam acara Trade-in Trade-Up Saturday yang diadakan di 32 cawangan Proton menerima sambutan menggalakkan.

Menurut beliau, sebanyak 624 tempahan baharu dibuat dengan 320 pelanggan memilih untuk tukar-beli kenderaan mereka. 

Proton mensasar sekurang-kurangnya sekurang-kurangnya 6,000 unit tukar beli kenderaan menerusi acara tukar beli pada 2024. – Edisi9/Proton

Di samping itu katanya, Carsome turut menjalankan 489 pemeriksaan kenderaan pada hari tersebut, jauh melebihi sasaran awal 320 unit.

“Memandangkan volum jualan kami terus berkembang, Proton perlu mempertimbangkan cara untuk memudahkan pengambilan, pengedaran dan pelupusan kereta terpakai untuk menyokong tempahan baharu. 

“Bahagian pengurusan kereta terpakai (UCM) kami telah dibentuk untuk mencapai matlamat ini dan dengan bekerjasama dengan syarikat e-bidding (EBC), kami dapat menawarkan proses yang lebih cekap dan telus yang memudahkan pelanggan untuk memiliki kereta baharu,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pelbagai usaha tingkatkan pendapatan Orang Asli – Zahid

KERAJAAN menerusi Jabatan Kemajuan Orang Aslia (JAKOA) melaksanakan pelbagai usaha bagi meningkatkan pendapatan isi rumah Orang Asli dengan sasaran...

Lagi Artikel Berkaitan