Wednesday, July 22, 2026

Angkatan Bonnie butirkan kilauan emas kelima negara

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

ATLET powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin membutirkan kilauan pingat emas kelima kontinjen negara selepas selepas mengungguli kategori lightweight (bawah 72 kilogram) di Sukan Para Asia Hangzhou 2022, hari ini.

Lebih manis lagi, kejayaan tersebut diraih dengan memecahkan rekod Sukan Para Asia dengan angkatan 230kg, mengatasi rekod lama yang dipegang atlet Iran, Roohallah Rostami iaitu 229kg.

Kejayaan di Gimnasium Xiaoshan itu menyusul selepas Bonnie Bunyau memecahkan rekod dunia dan Asia dalam acara tersebut sebelum ini.

Pingat perak dimenangi wakil tuan rumah Hu Peng dengan angkatan seberat 208kg sementara gangsa diraih wakil Uzbekistan Jamilov Bekzod dengan angkatan 204kg.

Sementara itu, Malaysia menambah satu lagi pingat emas menerusi acara olahraga menerusi acara 400m (T20) yang dimenangani Muhammad Ammar Aiman Nor Azmi.

Kontinjen negara juga menambah satu pingat perak dan satu gangsa hari ini.

Pingat perak negara disumbangkan Muhammad Adi Raimie Amizazahan menerusi acara para berbasikal lelaki C3 3,000m pecut individu.

Dalam pada itu, seorang lagi atlet berbasikal, Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin pula meraih gangsa adalam acara para berbasikal lelaki C1 3,000m pecut individu, hari ini. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan