26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Sukan Para Asia: Abdul Latif, Ziyad pertahan emas

Kontinjen negara tambah tiga pingat emas pada hari kedua

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

ATLET lompat jauh negara, Datuk Abdul Latif Romly membuktikan kehandalannya apabila berjaya mempertahankan pingat emas dalam acara T20 (kecacatan fizikal) pada Sukan Para Asia Hangzhou 2022, hari ini.

Dalam aksi di Stadium Pusat Sukan Huanglong petang tadi, atlet berusia 26 tahun itu melakukan lompatan terbaik pada percubaan keempat dengan 7.18 meter (m).

Abdul Latif berjaya mengenepikan cabaran atlet Arab Saudi, Hassan Nasser Dawshi yang meraih perak selepas merekodkan lompatan sejauh 6.80m pada percubaan kedua.

Pingat gangsa pula diraih seorang lagi atlet negara, Zulkifly Abdullah yang mencatat lompatan sejauh 6.48m juga pada percubaan keempat.

Advertisements

Sementara itu, jaguh lontar peluru negara, Muhammad Ziyad Zolkefli juga cemerlang mempertahankan pingat emas acara lontar peluru lelaki F20 (masalah intelektual).

Muhammad Ziyad unggul menamatkan saingan di kedudukan teratas selepas mencatat balingan sejauh 16.65m pada percubaan ketiga, jauh meninggalkan pencabar lain.

Kontinjen negara menamatkan saingan di kedudukan 1-2 apabila rakan senegara, Mohamad Aliff Mohamad Awi merangkul perak dengan catatan 13.75m, manakala atlet Thailand, Sanepoot Boonkong gangsa dengan balingan 13.67m.

Terdahulu, skuad berbasikal menceriakan kontinjen negara menerusi pingat emas kedua apabila Nur Suraiya Muhamad Zamri dan Farina Shawati Mohd. Adnan menang acara 1,000m ujian masa wanita. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan