Wednesday, July 22, 2026

Sukan Para Asia: Nur Syaiful tuai emas pertama negara

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KOLAM renang menghadirkan kilauan emas buat kontinjen negara di Sukan Para Asia Hangzhou 2022 apabila Muhammad Nur Syaiful Zulkafli menang acara 100 meter (m) kuak dada (kecacatan fizikal) SB4.

Lebih manis lagi, kejayaan diraih Muhammad Nur Syaiful menyaksikan atlet berusia 28 tahun itu memecahkan rekod baharu kejohanan dengan catatan satu minit 46.87 saat (s).

Perenang negara itu mengenepikan saingan atlet China, Yin Wenhong yang berada di tempat kedua dengan catatan satu minit 53.29s dalam aksi di Pusat Akuatik Olimpik Hangzhou itu.

Malaysia turut meraih pingat gangsa dalam acara tersebut apabila seorang lagi perenang negara, Zy Lee Kher menamatkan saingan di tempat yang ketiga dengan catatan masa dua minit 11.80s.

Selain emas yang dimenangi Muhammad Nur Syaiful Zulkafli, kontinjen negara meraih satu pingat perak dan tiga gangsa hari ini.

Pingat perak negara disumbangkan Mohd. Khairul Hazwan Mohd. Wahab dan Muhammad Khairul Adha Rasol dalam acara 4,000 meter (m) kejar mengejar lelaki.

Tiga pingat gangsa pula dimenangi oleh Lee Ker (renang), Nur Imanina Idris (angkat berat F20) dan Nur Azlia Syafinaz Mohd. Zais serta Nurul Suhada Zainal (3,000m kejar mengejar wanita). – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan