33 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Empat insentif galak pekebun getah beralih ke pengeluaran lateks

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN menyediakan empat insentif kepada pekebun kecil getah yang beralih kepada penghasilan susu getah berbanding getah sekerap di bawah projek rintis Insentif Pengeluaran Lateks (IPL).

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pekebun getah akan menerima kadar insentif bulanan berjumlah RM2 sekilogram (KG) bagi 100 peratus kandungan getah kering.

Beliau berkata, kadar bayaran insentif penyertaan sebanyak RM 200 setiap bulan dengan tempoh terhad selama setahun juga diberikan kepada pekebun kecil yang beralih kepada pengeluaran lateks.

“Kadar bayaran insentif galakan berjumlah RM100 setiap bulan dengan tempoh terhad selama setahun pula bagi galakan pekebun kecil yang sedang mengeluarkan lateks.

“Selain itu, insentif produktiviti disediakan berdasarkan produktiviti tahunan yang mencapai sasaran produktiviti antara 1,000 hingga 1,499kg bagi setiap hektar setahun (Kluster 1) dan 1,500kg ke atas setiap hektar setahun (Kluster 2),” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran model baharu projek rintis IPL dan Getah Asli Mampan Malaysia (MSNR) bertempat di Pusat Latihan Statistik, Sungkai, Perak, hari ini.

Advertisements

Program IPL diperkenalkan Lembaga Getah Malaysia (LGM) bertujuan membantu pekebun kecil getah untuk menambah pendapatan dengan memberi galakan supaya beralih kepada penghasilan lateks berbanding getah sekerap. 

Sementara itu, Fadillah berkata, bagi kilang pemproses lateks yang terpilih pula, mereka akan memperoleh tiga manfaat yang disediakan kerajaan.

Katanya, mereka diberi kebenaran khas dengan tempoh terhad selama satu tahun untuk membeli lateks secara bergerak dan secara terus daripada kluster pekebun kecil dalam negeri yang sama.

“Pinjaman tiga unit RRIMeter diberikan kepada tiga kilang pemprosesan daripada LGM.

“Selain itu, pinjaman tiga unit kenderaan reka bentuk khas bagi mengangkut lateks (special design vehicle) kepada tiga kilang pemproses daripada LGM,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

In Saff Travel tawar pakej umrah serendah RM4970

BERUSAHA memberikan yang terbaik terhadap pelanggannya, syarikat pengendali pakej umrah, In Saff Travel & Tours Sdn Bhd menampilkan pakej...

Lagi Artikel Berkaitan