MAHU berkongsi gaya hidup dan pemakanan sihat yang diamalkan, usahawan Penny Chong tampil menghasilkan coklat bar yang diberi nama VitaChocs.
VitaChocs adalah coklat kesihatan yang dihasilkan bersama seorang penasihat kesihatan dan pemakanan, Katherine Khoo.
Berkongsi mengenai tercetusnya idea menghasilkan VitaChocs, Penny berkata, semuanya bermula apabila dia melalui rutin kerja yang padat sehingga menyebabkannya mengalami tekanan dan sakit kepala yang kronik.
“Sejak mengalami masalah itu saya mula fokus dan memberi tumpuan terhadap kesihatan termasuklah menjaga pemakanan.
“VitaChocs adalah coklat bar yang menyihatkan untuk dihadam. Kami menghasilkan coklat ini bagi memberi kesedaran dari sudut kesihatan terhadap masyarakat.
“Saya sedar, semua orang suka makan coklat. Ramai maklum akan koko yang terkandung di dalam coklat mengandungi banyak nutrien yang bagus di dalamnya.
“Untuk orang-orang seperti saya yang sudah berumur 30 tahun ke atas, kami selalu risau hendak makan coklat di pasaran kerana tahu kandungan gulanya yang tinggi, perasa tambahan dan campuran bahan kimia yang tidak bagus untuk tubuh badan.
“Atas sebab itu, kami terfikir dengan idea untuk menghasilkan coklat ini supaya kami juga boleh enjoy makan coklat.
“Tetapi dalam masa yang sama masih dapat menjaga kesihatan,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran VitaChocs yang berlangsung di gym Fitokio Bangsar, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Penny yang juga Pengarah Urusan dan pengasas VitaChocs berkata, VitaChocs boleh dijadikan snek yang menyihatkan kerana ia adalah coklat vegetarian yang bebas bahan pengawet, malah diperkayakan dengan nutrient tambahan dan sesuai dijadikan makanan ringan yang berkhasiat.
“Coklat ini mempunyai campuran pati minyak untuk menambahkan rasa dan aromanya malah ia membantu mengurangkan tekanan selain membaiki proses pencernaan.
“Bagi mereka yang mengamalkannya tidak perlu risau akan obesiti atau tahap gula meningkat jika menjadikan VitaChocs ini sebagai coklat pilihan.
“Coklat ini juga sangat sesuai diambil oleh mereka yang sedang dalam proses mengamalkan diet tetapi mahu makan coklat,” katanya.
Sudah tiga tahun berada di pasaran, Penny melakukan penjenamaan semula VitaChocs dengan penambahan nutrien baru menjadikan coklat ini lebih banyak khasiat yang terkandung.
“Buat masa ini kami fokus dengan jualan dalam talian dan hanya terdapat di Qra Grocer. Kami juga menjalin kerjasama memasarkan produk ini di tempat-tempat yang ada kaitan dengan penjagaan kesihatan seperti gym, spa, pusat kesihatan dan juga organik kafe yang memfokuskan pada makanan sihat.
“Setakat ini kami menerima banyak permintaan daripada golongan vegetarian,” katanya.
VitaChocs terdapat dalam enam jenis perasa iaitu peppermint dark chocolate, lemon dark chocolate, grapefruit dark chocolate, tangerine & almond dark chocolate, relax peppermint chocolate dan relax lemon chocolate.
Penny berkata, mereka kini dalam proses mendapatkan sijil halal serta dalam perancangan meluaskan lagi jualan produk berkenaan ke negara jiran seperti Singapura, Thailand dan Indonesia. -Edisi 9