32.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Kolaborasi ERA-Suria FM dapat pengiktirafan MBOR

Mesti Baca

STESEN radio Suria FM dan ERA berjaya meraih pengiktirafan The Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai Kolaborasi Rangkaian Radio Silang Pertama Menyiarkan Siaran yang Sama Secara Serentak menerusi penjenamaan ERA Suria,‘Disini Segalanya Terkini diinspirasikan oleh CelcomDigi.

Sejarah tercipta menerusi gabungan segmen pagi Morning Morning Suria dan 3 Pagi ERA kelolaan Ajak, Shuib, Suraya, Nabil, Azad dan Radin yang bersiaran secara langsung hari ini dari pukul 6 pagi hingga 10 dengan membincangkan topik Dulu Kawan, Sekarang Lawan & Dulu Lawan, Sekarang Kawan.

Majlis penyampaian sijil rasmi MBOR itu telah disampaikan oleh Penolong Pengurus Pemasaran MBOR, Jeska Seah, Perunding Rekod Kanan MBOR, Siti Hajar Johor kepada Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid (DJ Lin) dan Pengurus Kandungan ERA, Hani Fadzil dengan bersaksikan lebih 170,000 penonton sekaligus berjaya meraih sebanyak 4.3 juta ‘likes’ di siaran langsung ‘Tiktok’ Suria Malaysia dan ERA.

DJ Lin berkata, mewakili Suria FM, mereka sangat bersyukur dan gembira di atas pengiktirafan daripada ‘The Malaysia Book of Records’ pada hari ini menerusi gabungan dua segmen pagi di Suria dan ERA.

“Kami abadikan pengiktirafan ini sebagai sebuah sejarah dalam industri radio Malaysia kerana ini adalah satu konsep dan landskap baru dalam industri radio tanah air.

“Mudah-mudahan ia mampu memberi inspirasi kepada penggiat industri radio yang lain untuk mengambil pendekatan yang sama mungkin dalam cara yang berbeza untuk terus memeriahkan industri ini agar terus berkembang maju.

Advertisements

“Diharapkan melalui jalinan kerjasama bersama ERA, mampu menghasilkan satu perpaduan yang lebih utuh dan semoga lebih banyak kolaborasi di masa mendatang.

“Suria FM akan terus memberi sokongan kepada segala inisiatif baik yang mampu memberikan impak positif kepada masyarakat khususnya buat pencinta radio.

“Sekali lagi, kami amat berbesar hati dan ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada ERA atas jalinan kerjasama baik ini,” katanya.

Sementara itu, Hani Fadzil berkata, mereka berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia atas sokongan dan berharap kolaborasi ERA dan Suria FM ini terus menjadi perintis dalam mengubah landskap audio tempatan.

“Terima kasih juga diucapkan kepada Malaysia Book of Records atas pengiktirafan yang diberikan dan diharap semua rakyat Malaysia dapat menikmati pilihan radio yang pelbagai dan relevan daripada kami,” katanya. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah Tinggi kekal sabitan, hukuman terhadap Siti Bainun

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman ke atas Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali...

Lagi Artikel Berkaitan