30.7 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Kerajaan lulus cadangan pelebaran lorong Lebuh Raya KLK

Kerja pembinaan fizikal di tapak dijangka bermula pada suku kedua 2024

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN telah meluluskan cadangan pelebaran lorong Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) bermula dari Plaza Tol Gombak ke Persimpangan Central Spine Road, Bentong.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, perlaksanaan projek terbabit akan dilakukan ANIH Berhad selaku pemegang konsesi Lebuh Raya KLK.

Beliau berkata, cadangan pelebaran Lebuhraya KL-Karak dijangka akan dapat menyediakan lebuh raya yang selesa, cepat, mudah dan cekap serta menangani isu kesesakan yang sering berlaku di Lebuh Raya KLK terutamanya pada musim perayaan, cuti umum dan hujung minggu.

“Ketika ini, projek ini dalam peringkat awalan dan reka bentuk terperinci dan kerja pembinaan fizikal di tapak dijangka bermula pada suku kedua 2024,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Khairil Nizam Khirudin (PN-Jerantut) mengenai rancangan jangka pendek dan panjang untuk mengatasi kesesakan di Plaza Tol Gombak dan Bentong pada sesi lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Advertisements

Beliau berkata, syarikat konsesi ANIH Bhd. telah melaksanakan obligasi mereka untuk memasang lampu di Lebuh Raya KLK sebagaimana yang terkandung di dalam perjanjian konsesi.

“Kerajaan juga telah memasang lampu di jajaran Gombak ke Terowong Genting Sempah dan pemasangan lampu jalan dari Terowong Genting Sempah ke Persimpangan Central Spine Road, Bentong.

“Ia termasuk dalam skop kerja pelebaran yang akan dilaksanakan,” katanya.

Menurutnya, untuk tindakan jangka panjang, krajaan dalam perancangan untuk melaksanakan sistem kutipan tol secara Multi Lane Fast Flow (MLFF) bagi melancarkan pergerakan trafik di plaza tol. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan