32.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Pulangkan semula surat selain Bahasa Kebangsaan – PM

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan supaya mewajibkan penggunaan Bahasa Kebangsaan semua surat rasmi.

Anwar berkata, sekiranya terdapat surat daripada mana-mana pihak termasuk jabatan, universiti mahupun sektor swasta menggunakan bahasa selain Bahasa Kebangsaan akan dipulangkan semula.

Katanya, dasar kerajaan itu telah dibincangkan beliau bersama Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan juga jemaah Menteria.

“Kadang-kadang ada kekeliruan. Memang kita tekankan dalam bahasa perdagangan antarabangsa Bahasa Inggeris.

“Tetapi ada sikap yang saya rasa terlajak atau terpesong dari kalangan beberapa jabatan baik pejabat awam, apa lagi universiti dan sektor swasta yang seringkali cuba meninggalkan asas Perlembagaan ini untuk berhubung dengan jabatan kerajaan dalam Bahasa Kebangsaan.

Advertisements

“Jadi saya ingin peringatkan hal ini, kalau daripada syarikat, universiti tempatan termasuk swasta arahannya, siapa sahaja menulis selain daripada Bahasa Kebangsaan, surat itu akan dipulangkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Karnival Bahasa Kebangsaan dan Dekad Membaca Kebangsaan 2023 di Universiti Multimedia, di Cyberjaya, hari ini.

Anwar berkata, langkah itu tidak menjadikan pemikiran kita sempit dan bukannya meremehkan Bahasa Inggeris.

“Tetapi mengakar ke bumi pemerkasaan budaya melalui bahasa sasteranya itu sesuatu yang integral dalam pembinaan bangsa.

“Jadi jangan kita cuba remehkan dan saya harap peringatan ini diambil kira. Arahannya jelas, tidak akan melayani sebarang surat yang disampaikan oleh rakyat syarikat tempatan selain Bahasa Kebangsaan,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pelajar UPSI adakan program bakti bersama gelandangan

SEKUMPULAN pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengadakan program khidmat bakti bersama golongan gelandangan di Pusat Transit Gelandangan Kuala...

Lagi Artikel Berkaitan