33.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 12, 2024

Laluan SPE dijangka dibuka secara rasmi 1 November

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

LALUAN Setiawangsa-Pantai Expressway (SPE) dijangka akan dibuka secara rasmi kepada pengguna jalan raya pada 1 November ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, laluan lebuh raya berkenaan kini sudahpun 99 peratus siap.

“Bagaimanapun, beberapa fasiliti seperti kemudahan tandas awam, lampu jalan yang melibatkan bekalan elektrik serta sistem kutipan tol masih sedang dalam persiapan akhir,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Katanya, beliau memahami kegusaran pengguna jalan raya yang memohon SPE dibuka secepat mungkin bagi membantu menyuraikan masalah kesesakan trafik di beberapa kawasan di Kuala Lumpur.

Advertisements

Beliau berkata, Kementerian Kerja Raya (KKR) bersama-sama Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) sentiasa meletakkan keutamaan dalam memberikan kemudahan infrastruktur jalan raya kepada pengguna.

“Kita tidak akan berkompromi dengan faktor keselamatan pengguna jalan raya.

“Atas dasar itu, KKR telah mengarahkan syarikat konsesi untuk memastikan setiap faktor, spesifikasi dan kemudahan di laluan ini hendaklah dipastikan lengkap dan sempurna sepenuhnya.

“Ini selari dengan semangat kempen MYJalan yang memfokuskan kepada keselesaan pengguna jalan raya,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pengundi Melayu di Kuala Kubu Baharu mula berubah sikap

KEPUTUSAN Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu menyaksikan pengundi Melayu mula berubah sikap terhadap...

Lagi Artikel Berkaitan