29.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Kawalan keselamatan ke atas PM dipertingkatkan – Razarudin

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KAWALAN keselamatan ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dipertingkatkan,”itu jaminan diberikan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Ini susulan pendedahan Perdana Menteri berhubung banyak ugutan diterimanya kerana lantang bersuara dalam isu Palestin.

Katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan berkompromi terhadap perkara itu.

“Kawalan keselamatan terhadap Perdana Menteri menjadi keutamaan kita,” katanya.

Beliau bagaimanapun berkata, ugutan terbabit mungkin melibatkan soal ekonomi atau sektor lain seperti eksport negara.

Advertisements
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail hadir pada Himpunan Malaysia Bersama Palestin di Axiata Arena, Bukit Jalil malam tadi.

Razarudin berkata demikian ketika diminta mengulas tentang pendedahan Anwar bahawa beliau menerima banyak ugutan dari negara luar susulan ketegasan Malaysia mempertahankan nasib rakyat Palestin.

Semalam, Anwar ketika menyampaikan amanat pada Himpunan Malaysia Bersama Palestin di Axiata Arena, Bukit Jalil di sini, turut berkata Malaysia akan kekal bebas dan terus mempertahankan kebebasan negara dan memperjuangkan kebebasan rakyat Palestin.

Lebih 17,000 rakyat Malaysia pelbagai latar belakang, bangsa dan agama hadir pada perhimpunan itu bagi menunjukkan sokongan Malaysia kepada perjuangan rakyat Palestin dan menekan tindakan kejam Israel.

Razarudin berkata, himpunan itu berlangsung dalam keadaan terkawal dengan melibatkan lebih 300 anggota polis. -BERNAMA

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan