32.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Harga petrol, diesel kekal hingga 8 November

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN mengambil keputusan mengekalkan harga runcit bagi petrol RON95, RON97 dan diesel kekal untuk tempoh seminggu lagi bermula esok sehingga 8 November ini.

Kementerian Kewangan berkata, ia berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism

Oleh itu, katanya, harga runcit bagi petrol RON95 dan RON97 masing-masing kekal pada paras RM2.05 dan RM3.37 seliter, manakala harga diesel ditetapkan pada RM2.15 seliter.

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan masih mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter.

Advertisements

“Ini dilakukan sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua jenis minyak tersebut telah meningkat melebihi paras harga siling yang ditetapkan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurut Kementerian Kewangan, harga runcit petrol RON97 yang ditetapkan adalah mengikut harga pasaran.

“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pelaburan RM10.5 bilion bukti Microsoft yakin ekonomi negara

PELABURAN sebanyak RM10.5 bilion oleh syarikat gergasi Microsoft membuktikan keyakinan para pelabur asing terhadap asas ekonomi negara yang kukuh,...

Lagi Artikel Berkaitan