27.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 8, 2024

Chelsea tolak bidaan United untuk Mount

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

CHELSEA dilaporkan menolak bidaan RM234 juta yang ditawarkan Manchester United bagi mendapatkan pemain tengah, Mason Mount.

Ini selepas bidaan yang dikemukakan Red Devils jauh lebih rendah berbanding nilai yang diminta The Blues yang mahu sekurang-kurangnya RM409.7 juta bagi pemain berusia 24 tahun itu.

Mount yang kontraknya hanya berbaki setahun di Stamford Bridge mahu berhijrah ke Old Trafford susulan perbincangan kontrak baharu menemui kegagalan.

Oleh itu, United melihat tawaran yang diberikan adalah adil kerana kontrak produk akademi Chelsea itu hanya tinggal 12 bulan sahaja.

Advertisements

Di samping itu, mereka tidak mahu berbelanja lebih kerana terikat dengan peraturan pengurusan kewangan yang adil (FFP) dan turut mahu memperkuatkan pasukan dengan membawa masuk pertahanan tengah, penjaga gol dan pemain sayap kiri baharu.

Sementara itu, penghijrahan Mount dilihat sebagai permulaan rombakan besar-besaran Chelsea musim ini.

Mateo Kovacic dijangka menyertai Manchester City, N’Golo Kante akan ke Arab Saudi bersama Al-Ittihad sementara Conor Gallagher dan Ruben Loftus-Cheek juga diintai beberapa kelab lain.

The Blues berminat membawa masuk pemain tengah Brighton, Moises Caicedo serta Romeo Lavia dari Southampton. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

KLDX, AsiaNext perluas pasaran aset digital di rantau ini

BURSA sekuriti digital, KLDX menjalinkan kerjasama dengan bursa sekuriti aset digital, AsiaNext bagi memperluaskan pasaran aset digital di rantau...

Lagi Artikel Berkaitan