24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Southampton tersingkir dari EPL

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SOUTHAMPTON tersingkir daripada Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas tewas 2-0 kepada Fulham dalam aksi yang berlangsung di Stadium St. Mary malam tadi.

The Saints yang turun dengan syarat wajib menang jika mahu menghidupkan peluang kekal di EPL musim depan namun aksi yang dipamerkan adalah sebaliknya.

Skuad bimbingan Ruben Salles itu beraksi hambar apabila sekadar mencatatkan satu percubaan tepat ke arah gol sepanjang 90 minit perlawanan.

Sebaliknya, Fulham meledak dua gol di separuh masa kedua menerusi jaringan Carlos Vinicius pada minit ke-48 dan Alexsandar Mitrovic (72′) cukup untuk menghantar Southampton ke Liga Kejohanan.

Advertisements

Keputusan itu meletakkan Southampton di dasar liga dengan 24 mata, lapan mata ketinggalan berbanding pasukan di tempat ke-17, Everton dengan hanya berbaki dua perlawanan.

The Saints mengharungi musim yang buruk apabila melantik tiga pengurus sepanjang musim seperti Ralph Hasenhuttl, Nathan Jones dan terbaharu, Selles.

Selain itu, pasukan itu turut merekodkan kekalahan terbanyak dalam semusim dengan 24 perlawanan, juga rekod baharu kelab. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan