27.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

JDT catat 10 kemenangan berturut-turut

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) berada dalam kelas tersendiri selepas unggul merekodkan 10 kemenangan berturut-turut dalam dalam 10 perlawanan pertama Liga Super (MSL).

Kali ini, Kelantan United menjadi mangsa kerakusan barisan bintang penyandang juara Liga Super itu memburu jaringan besar dalam setiap perlawanan.

Ini dibuktikan selepas JDT merekodkan lima kemenangan besar dengan jumlah jaringan melebihi lima termasuk aksi menentang Kelantan United.

Sebelum ini, JDT menang 7-0 ke atas Negeri Sembilan, Kelantan (5-1), Perak (5-0) dan Kedah Darul Aman (6-0).

Dan aksi di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri malam tadi menyaksikan penyerang prolifik, Bergson da Silva meledak hatrik sekali gus menyaksikan JDT meledak 43 gol setakat ini.

Advertisements

Pesta jaringan bermula seawal minit kelapan menerusi satu sepakan kencang dari jarak jauh Bergson melepasi jangkauan penjaga gol, Asyraff Omar.

Fernando Forestieri menggandakan jaringan tuan rumah pada minit ke-22 apabila melakukan satu rembatan leret hasil hantaran Leandro Velazquez.

JDT terus garang di babak kedua apabila menjaringkan empat gol lagi.

Bergson menjaringkan dua gol dalam tempoh lapan minit bagi melengkapkan hatrik pada malam itu sementara Velazquez menyempurkan sepakan penalti untuk menjadikan kedudukan 5-0.

Forestieri melengkapkan kemenangan besar JDT apabila menjaringkan gol pada minit kecederaan sekali gus memastikan pasukannya mengutip mata ke-30 musim ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan