33.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 21, 2024

Beri wanita muda berkelayakan jadi pemimpin – Nurul Amal

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

GOLONGAN wanita khususnya golongan muda perlu diberikan peluang dalam kepimpinan kerajaan sama terutama bagi mereka yang berkelayakan.

Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Nurul Amal Mohd. Fauzi berkata, pelantikan itu penting bagi membantu kerajaan dalam mendapani isu anak muda yang semakin mencabar.

Katanya, sikap pilih kasih dalam pemilihan pemimpin perlu diletak tepi sebaliknya kepimpinan utama parti politik perlu melihat kredibiliti seseorang calon.

“Sampai bila kami hendak bercakap sebegini. Sokonglah, kita bukan hendak hentikan, bukan sebagai kuota tetapi hak kami sebagai pemimpin macam kamu semua (lelaki). 

Advertisements

“Kalau kami ada kelayakan, sokonglah kami. Sama kalau (kehendak seorang) suami, perlukan isteri yang baik,” katanya dalam sesi pembentangan Konvensyen Pemuda Perpaduan 2023 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.

Konvesyen Pemuda Perpaduan 2023 itu diadakan bersempena Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan 2023 yang buat julung kalinya diadakan.

Konvesyen itu menghimpunkan perwakilan dan pemimpin daripada 19 parti politik yang membentuk Kerajaan Perpaduan bagi membina kerjasama lebih utuh pada masa depan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wajah Faisal di Stadium MBPJ kenang peristiwa hitam bola sepak

WAJAH pemain Selangor, Faisal Halim dijadikan hiasan mural pada Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya sebagai mengenang...

Lagi Artikel Berkaitan