26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

‘Seteru’ masuk ke gelanggang UMNO selepas 77 tahun

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

TANGGAL 14 Mei 2023 mencatatkan sejarah baharu dalam arena politik tanah air apabila gabungan parti politik di bawah Pakatan Harapan (PH) menjengah masuk ‘gelanggang keramat’ UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.

Penganjuran Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan 2023 yang julung kalinya diadakan telah menghimpunkan 19 parti politik termasuk Barisan Nasional, PH, Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GPS) dan Parti Warisan.

Menariknya, kali ini perseteruan yang sekian lama membara di letak ke tepi demi kepentingan rakyat selepas 77 tahun penubuhan UMNO.

Pada sebelah pagi, dalam Konvensyen Pemuda Perpaduan 2023 menyaksikan beberapa pemimpin muda PH seperti Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Adam Adli Abd. Halim; Ahli Parlimen Bentong dari DAP, Young Syefura Othman; Ketua Pemuda Amanah, Senator Mohd. Hasbi Muda dan lain-lain berkongsi pentas yang sama memperjuangkan isu rakyat.

Advertisements

Mereka turut sama dengan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr. Mohamad Akmal Saleh; Ketua Puteri, Datuk Nurul Amal Mohd. Fauzi; Ketua Pemuda MCA, Datuk Nicole Wong Slaw Ting; Ketua Pemuda MIC, K. Kumar dan Ketua Pemuda UPKO, Felix Joseph Saang.

Dan pada sebelah petang ini, beberapa pemimpin utama mereka akan hadir ke Dewan Merdeka, WTCKL bagi menghadiri Konvensyen Nasional Kerajaan Papaduan 2023 termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Konvensyen ini diadakan bagi memastikan gerak langkah dan hala tuju yang seiring dalam memimpin negara antara parti-parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan