28.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Dulu macam nak siat-siat muka Adam Adli – Dr. Akmal

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SAYAP pemuda parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan perlu mencipta sejarah baharu dan mencari titik persamaan kerana masa depan generasi muda bergantung kepada mereka.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr. Mohamad Akmal Saleh berkata, mereka sebagai golongan muda perlu tunjukkan gaya politik baharu dan melupakan apa yang pernah berlaku sebelum ini.

Katanya, mereka perlu tunjukkan orang muda dalam Kerajaan Perpaduan tidak lagi bercakap soal ekstremis dan perbezaan sebaliknya mencari kesamaan demi negara.

“Saya hendak beritahu pengalaman kita sebelum dengan Adam Adli (Abd Halim), walaupun dia pernah datang ke kita dan turunkan bendera, marahnya ketika itu, kalau jumpa waktu itu (hendak) disiat-siat muka dia.

“Tapi inilah kehebatan yang direncanakan Allah pada kita. Bila kita bersama hilang rasa marah tengok Adam. Sebab apa, orang muda kena tunjuk gaya politik baharu,” katanya.

Advertisements

Beliau berkata demikian dalam Konvensyen Pemuda Perpaduan 2023 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.

Sementara itu, Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau berkata, terdapat tiga perkara pokok yang diperlukan untuk kekal dalam Kerajaan Perpaduan.

“Pertama, menghormati satu sama lain. Kedua, kita mesti memahami antara satu sama lain, paling penting kita mesti mempercayai antara satu sama lain. 

“Sebab itu saya berdiri di atas pentas Kerajaan Perpaduan, tetapi tugas kita membangunkan politik dengan pendekatan jauh lebih baik. Kita tidak ada masalah jika ada perbezaan tetapi diuruskan dengan lebih baik. 

“Mencari perbezaan lebih mudah daripada persamaan,” tegasnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Piala Asia B23: Pemain muda balik tangan kosong dari Qatar

DUA minggu berkampung di Doha, Qatar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sehingga korbankan hari raya Aidilfitri bersama keluarga ...

Lagi Artikel Berkaitan